Sedikit Kisah Anak-anak Saladou
Saladou Galahap mempunyai enam orang anak. Nama isteri beliau ialah Selidoi (Selidoi adik beradik dengan Tunggahoi, ibu Modili).
Saladou meninggal dunia sebelum anak-anaknya cukup dewasa. Begitu juga dengan isteri beliau. Ini menjadikan anak-anak mereka menjadi yatim piatu. Pada ketika itu, sepupu mereka iaitu Modili telah pun berkahwin. Oleh kerana Modili lebih tua dan sudah memiliki rumah maka anak-anak Saladou (6 org) yg menjadi yatim piatu itu pergi ke rumah Modili utk tinggal bersama.
Tidak lama kemudian Siambah pun berkahwin dengan Kapal Bin Karah. Dengan itu anak-anak Saladou inipun ikut kakak sulung mereka (Siambah) untuk tinggal di rumah Encik Kapal.
Peristiwa: Ketika Modili jadi yatim piatu, beliau pergi menumpang di rumah sepupu2nya [keluarga Saladou]. Begitu pula setelah anak-anak Saladou menjadi yatim piatu, mereka pula yg menumpang di rumah Modili.
No comments:
Post a Comment