Biodata Ringkas Anak-anak Aki Galahap
BOROG - Beliau Berkahwin dua kali. Isteri pertama beliau ialah Yehoi. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Baga dan Sodioi. Setelah Yehoi meninggal dunia, aki Borog berkahwin dengan Tunggahoi dan dikurniakan seorang anak iaitu Modili. Borog maninggal dunia sebelum anak-anak beliau dewasa.
SALADOU - Beliau anak Galahap yang paling ramai anak di antara adik-beradik. Anak-anak beliau ialah: SIAMBAH - GOUSI - MODIHIN - LOTIMAH - GINTIM dan TURUS. Seperti aki Borog, dia (Saladou) juga tidak sempat melihat anak-anaknya menjadi dewasa.
GOPOK - Beliau mempunyai dua orang anak iaitu GODUNG dan adik perempuannya, Kindihai. Beliau juga tidak sempat melihat anaknya menjadi dewasa kerana mati awal.
BOROKOI - Beliau mempunyai hanya seorang anak tunggal iaitu KINDUHOI. Dia hidup lebih lama dan mati tua.
ROMBOH - Beliau ini satu-satunya anak perempuan aki Galahap. Dia memperanakkan GUMPORO dan KINDUHOI. Kinduhoi anak Romboh ini adalah sepupu kepada Kinduhoi anak Borokoi. Nama mereka sama.
No comments:
Post a Comment