Ketika Modili tinggal bersama Sandalun (ipar beliau), beliau diajar oleh Sandalun membuat wakid, bakul, barait, membina pondok, dsb.
Setelah berumur kira-kira 15 tahun, beliau telah memulakan kehidupan berdikari. Langkah pertama beliau ialah membina pondok sendiri. Beliau menceritakan, ketika pertama kali beliau menanam padi bukit, padi beliau habis diserang kumpulan kera (munyit), ketika beliau pergi meminta anak guol (ubi keladi) dari orang lain untuk di tanam. Beliau meninggalkan padinya tanpa dijaga selama sehari suntuk kerana tempat mengambil anak guol jauh (jalan kaki dlm hutan). Penat lelah beliau menjadi sia-sia. Tetapi kejadian itu hanya satu proses pematangan.
Pada zaman itu (1930-an), remaja berumur bawah 20 tahun masih naif dalam soal2 cinta dan perkahwinan. Modili telah dikahwinkan pada usia muda dengan seorang wanita yg terlalu muda utk berumah tangga. Oleh kerana kenaifan mereka (masih besifat kebudak-budakan), perkahwinan mereka tidak kekal lama. Mereka bercerai tanpa mempunyai anak. Beberapa tahun kemudian barulah beliau berkahwin dengan Dolioi. Mereka di kurniakan lapan orang anak.
No comments:
Post a Comment